FEED

Monday, May 3, 2010

Tips membeli laptop

Komputer Riba atau lebih dikenali sebagai ‘laptop’ kini sudah bukan lagi menjadi satu lambang kemewahan. Seseorang yang sentiasa bergerak ke sana ke mari, pasti memilih laptop sebagai ‘teman sejati’ yang akan menemani setiap pekerjaan mereka kemanapun mereka pergi. Bagaimana hendak memilih laptop yang sesuai...


1. Pastikan KEGUNAAN


BIASA

Jika laptop hanya dipakai untuk kegunaan biasa dirumah seperti email, membaca berita, melayari internet, menaip surat dsbnya, kelajuan processor, Kapasiti RAM (Random Access Memory), Harddisk dan Graphic Card (VGA Card - Video Graphics Array) tidak perlu tinggi. Spesifikasi yang sederhana sudah lebih dari mencukupi. Jika membeli laptop dengan spesifikasi yang sederhana boleh menjimatkan wang anda.

GRAPHIC atau GAMING

Jika laptop anda dipakai untuk tujuan graphic dan gaming, sebaiknya anda memilih spesifikasi laptop dengan menitikberatkan pada VGA Card dan memori yang tinggi. Jika anda ingin laptop dengan kemampuan lebih tinggi, memilih teknologi multi-core dan processor 64-bit sangat disarankan.

Laptop dengan VGA yang tinggi kekuatannya dan memori yang besar akan membuatkan graphic serta permainan game anda terasa lebih ‘ringan’. Card VGA sendiri berguna untuk menterjemahkan output komputer ke monitor. Sedangkan memori (RAM) merupakan satu alat penyimpan data digital sementara yang biasanya mempunyai ukuran kapasiti berdasarkan standard bit digital seperti 16MB, 32MB,64MB, 128MB, 256MB, 520MB, 1064MB dan seterusnya.

>>> namun bagaimanapun.... harus difahamkan laptop bukanlah dicipta untuk bermain games tetapi lebih kepada penggunaan membuat kerja-kerja seharian. Jadi untuk bermain games adalah disarankan menggunakan komputer atau PC kerana tahap ketahanan serta ruang untuk pengudaraan yang lebih selesa....

Bagi seseorang yang bergerak kemana-mana, anda boleh menekankan pilihan pada jangka hayat bateri, berat laptop, ukuran screen serta beberapa feature internal connectivity seperti wifi, bluetooth, IrDA, NetworkCard, Modem dsbnya.

2. Pastikan LAYOUT atau SAIZ

Selepas anda menentukan kegunaan laptop bagi diri anda, perkara lain yang harus dipertimbangkan sebelum membeli laptop adalah tentang saiz screen, berat laptop dan jangka hayat bateri. Jika anda sering membawa laptop kemana-mana, sebaiknya pilih laptop yang ringan, dengan ukuran screen yang tidak terlalu besar agar tidak susah membawanya.

Jangka hayat bateri juga penting. Ada sesetengah bateri laptop tidak mampu bertahan 2 hingga 3 jam tanpa disambungkan ke soket. Jadi, titikberatkan jangka hanyat bateri jika anda seorang yang ‘mobile’. Jika anda ingin menjimatkan penggunaan bateri, matikan fungsi connectivity seperti Wifi atau Bluetooth kerana fungsi tersebut akan banyak menggunakan tenaga dari bateri.

3. Pastikan SERVIS, WARANTI dan ALAT GANTI

Ketika hendak membeli laptop, jangan lupa untuk mempertimbangkan service yang disediakan oleh syarikat pengeluar laptop tersebut seperti waranti dsbnya. Terdapat syarikat pengeluar yang menyediakan khidmat servis dan pembaikian dirumah. Mereka juga ada yang menyediakan khidmat ‘home collection’ and ‘home delivery’ sewaktu kita mahu membuat warranty claim. Dan satu perkara lagi, jangan memilih laptop yang alatganti-nya amat susah untuk dicari. Jenis yang mudah didapati alat ganti adalah seperti ACER, HP dan COMPAQ... SPESIFIKASI yang dicadangkan

Ukuran :

13.1" atau 14.1" (standard)

Operating System :

XP atau Windows 7. System operasi sangat penting buat mendukung aktivitas anda, karena itu sesuaikan system operasi dengan kemampuan yang anda miliki. Bila anda terbiasa memakai OS Windows XP tentu lebih bijak jika anda memilih Laptop dengan Built in Windows XP. Selain akan lebih mudah mengoperasikannya, anda pun tidak memerlukan waktu lama untuk beradaptasi dengan Laptop yang baru saja anda beli. Selain itu anda akan lebih mudah menemukan Laptop dengan Built in Windows XP.

Elakkan menggunakan Windows VISTA kerana ia akan merumitkan anda. Windows VISTA berat dan spesifikasi minimum yang sesuai untuk menggunakan VISTA adalah 2GB ram dan 60GB harddisk untuk partition C(system). Perlu diperhatikan juga compatibalities hardware mahupun software, dimana Vista masih sering menemui masalah (tidak kompetibel) dengan dengan add-on hardware maupun softaware.

Cara yang terbaik untuk menggantikan windows VISTA bagi yang meminati interface VISTA anda boleh dapatkan Windows 7 dipasaran... ia lebih baik dan ringan berbanding windows VISTA serta interface yang lebih baik dari VISTA.

Memory :

Memori atau RAM standard dipasaran sekarang adalah 2GB jadi pastikan laptop yang anda beli mengandungi RAM 2GB...hihihi

Processor :

untuk keperluan office sehari-hari, dual-core prosessor tentu sudah cukup baik. Lain lagi bila anda berencana memakai Laptop untuk main game, maka pilihlah prosessor yang lebih tinggi. Malahan dipasaran sekarang, sudah terdapat processor i3 dan i7.

Storage :

Jika anda ingin menjadikan Laptop sebagai komputer utama yang mendukung kerja atau aktiviti anda sehari-hari, maka 160 gigabyte hardisk lebih dari cukup. Lebih besar tentu lebih baik, tapi ada baiknya sesuaikan dengan kegunaan anda.

Batery :

tak diragukan lagi pilihlah Laptop dengan kemampuan bateri yang lama. Bateri laptop biasanya mampu bertahan selama 2 jam.

TIPS PENTING :

Dari pengalaman saya sebagai TECHNICIAN laptop, elakkan membeli mana-mana laptop yang menggunakan graphik NVIDIA tak kira ia digandingkan dengan processor INTEL atau AMD kerana ia amat panas dan penggunaannya terhad kepada 2 jam sahaja untuk mengelakkan kerosakan.


0 comments:

Post a Comment